Wednesday 1 May 2013

Percutian Ke Tempat Menarik Di Sabah

Destinasi percutian ke Sabah
Percutian ke Sabah adalah salah sebuah tempat percutian menarik di negara ini yang menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun luar negara.  Terdapat banyak destinasi pilihan menarik di Sabah yang harus anda terokai. Berikut ialah top 10 destinasi pelancongan tarikan pelancong yang memilih percutian ke Sabah.

Percutian ke Sabah – Senarai Top 10 Pilihan Pelancong

  1. Gunung Kinabalu
  2. Taman Negara Kinabalu
  3. Hot Spring di Poring
  4. Canopy Walk Way di Poring
  5. White Water Rafting di Sungai Padas
  6. Snorkelling (Island Hopping)
  7. Shopping di Filipina Market
  8. Orang Utan Sanctuary di Sepilok
  9. Tunku Abdul Rahman Marine Park di Kota Kinabalu 
  10. Rafflesia Centre di Tambunan
Senarai 1-7 di atas adalah antara destinasi jalan-jalan yang termasuk dalam pakej percutian ke Sabah yang Cuti Malaysia sertai dulu. Cuti Malaysia ambil pakej berkumpulan lebih kurang 20 orang. Jadi untuk pakej pelancongan selama lebih kurang seminggu hanya RM1,500 sahaja termasuk tambang kapal terbang (masa tu MAS), pemandu pelancong, bas, makan dan penginapan. Tempat penginapan kami pelbagai sepanjang seminggu menyertai pakej percutian ke Sabah dari yang bajet hingga ke 4 bintang bergantung pada itinerari.
Mendaki Gunung Kinabalu adalah satu bonus jika anda berkemampuan. Ikuti penglaman Cuti Malaysia menawan puncak Kinabalu di entri akan datang.
Percutian ke Gunung Kinabalu Sabah
Ramai yang keliru South Peak adalah puncak tertinggi
Dah alang-alang di Sabah, Cuti Malaysia juga tidak melepaskan peluang menongkah arus Sungai Padas dengan menyertai aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas. Ikuti juga review aktiviti Cuti Malaysia ber’ White WaterRafting’ semasa percutian ke Sabah di entri akan datang.
Percutian white water rafting di Sabah
Sungai Padas akan lebih mencabar selepas hujan
Sementara itu, pulau-pulau di Sabah juga adalah antara pusat peranginan yang cantik destinasi tumpuan pelancong. Terdapat 24 buah pulau dinegeri ini. Antara aktiviti popular ialah snorkelling dan diving melihat karangan laut seperti di Pulau Sipadan dan Pulau Manukan. Berikut ialah senarai pulau-pulau peranginan popular di Sabah;

Pulau – Pulau Percutian ke Sabah:

  1. Pulau Sipadan
  2. Pulau Manukan
  3. Pulau Mabul
  4. Pulau Sapi
  5. Pulau Kapalai
  6. Pulau Mataking
  7. Pulau Pom-pom
  8. Pulau Tiga
  9. Pulau Mantanani
  10. Pulau Mengalum
  11. Pulau Selingan
Memang rasa sangat heaven kalau dapat pergi semua pulau tu. Setakat ni Cuti Malaysia pernah pergi Pulau Manukan saja hehe. Memang best sangat snorkeling di pantai pulau Manukan.
Percutian ke Pulau Manukan Sabah
First time nampak ikan-ikan cantik dan dikerumuni ikan berwarna warni. Harga tiket pergi Pulau Manukan termasuk tax, dalam RM30 sahaja. Tidak termasuk sewa alat snorkeling, harga sewanya RM10 sahaja. Tapi memang rasa puas hati berbaloi-baloi walaupun sunburn huhu.
Pendek kata  pengalaman Cuti Malaysia semasa percutian ke Sabah adalah antara saat paling best. Disamping itu, shopping di Filipina  Market juga sangat menarik, mutiara lah yang menjadi tumpuan disamping beberapa kraf yang lain.
Percutian ke Hot Spring Sabah
Aktiviti lain seperti bermandi manda di Hot Spring, Canopy Walk Way dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah adalah lebih santai. Tapi semua tempat yang dilawati tu memang menyeronokkan. Keseluruhannya percutian ke Sabah memang sangat-sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi.
Cuti Malaysia memang rekomen anda semua ber Cuti Cuti Malaysia ke Sabah!

Friday 5 April 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan 2


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Dibentang Ke Kabinet Pada Januari


 
PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.

"Pelan yang kini berada di peringkat akhir setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kita sudah banyak membuat perbincangan. Saya fikir tidak ada satu pihak yang terkecuali."

Pelan Pembangunan Pendidikan 1

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025Najib Razak
Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan bukan sahaja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia juga merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara. Ia menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi, menyediakan para belia kita dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran buruh moden dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sedang Kerajaan mengatur langkah-langkahnya di bawah Model Ekonomi Baru, ETP dan GTP, kita juga mesti memastikan bahawa sistem pendidikan kita akan terus maju seiring bersama.
Adalah sebab dedikasi dan kesungguhan ribuan guru, pengetua, pentadbir, dan pegawai, dan juga kepada kakitangan di Kementerian Pendidikan, sistem pendidikan kita telah menjadi batu hampar bagi pembangunan kita.

Motivasi / Tazkirah 2


Anak kita, Tanggungjawab Kita


Sebelum anda terus membaca buku ini, cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda; Berapa orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di akhirat nanti? Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila anda mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk masuk ke syurga?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
Sedekah jariah
Ilmu yang diambil manfaat dengannya
Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Motivasi / Tazkirah 1


[Motivasi] Kisah seekor monyet

Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahwa di bagian lain dunia ini ada tempat yang disebut "hutan" di mana ia berpikir akan mendapatkan tempat yang lebih "baik". "Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya. Orangtua si Monyet, meskipun bersedih, melepaskan kepergiannya. "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.

Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "hutan" yang ia gambarkan sebagai tempat hidup kau Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orangtuanya tetap tinggal di hutan itu. Waktu terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orangtuanya. Tentu kedatangan anak semata wayang itu disambut gembira orang tuanya.

Pendidikan Bahasa Melayu 3

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasaKepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
IdiolekVariasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasanVariasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosialDikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Pendidikan Bahasa Melayu 2 (ANALISIS KESALAHAN BAHASA)

1.

Dalam kertas Bahasa Melayu STPM, asepk ini dikemukakan dalam bahagian D. Anda dikehendaki membetulkan kesalahan sistem bahasa pada satu contoh teks yang diberi.
2.Dalam soalan jenis ini, calon akan dikehendaki:i. mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam petikan
ii. menjelaskan sebab-sebab kesalahan berkenaan
iii. membuat pembetulan
Melakukan tiga perkara dalam satu teks wacana memerlukan anda menggunakan kaedah-kaedah sendiri untuk memudahkan kerja. Misalnya, anda menanda terus di atas kertas soalan kesalahan-kesalahan dengan pen pelbagai warna, misalnya merah, biru atau hitam. Hal ini penting kerana anda perlu membahagikan fokus kepada unsur-unsur bahasa seperti berikut:
i. ejaan dan tanda baca
ii. kosa kata
iii. imbuhan
iv struktur frasa dan struktur ayat

Pendidikan Bahasa Melayu 1



Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.

Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

REFLEKSI MEMBINA BLOG

 Membina blog adalah perkara baru bagi saya. Kalau tidak kerana saya melanjutkan pelajaran dan menyentuh berkaitan blog dalam pembelajaran yang diajar agak mustahil untuk saya mengetahui selok belok menyediakan blog yang pada mulanya amat susah bagi saya tetapi apabila satu demi satu 'gadget' saya dapat masukkan terutama jam dan lagu saya rasa amat gembira apatah lagi membuat page dalam blog yang merupakan perkara baru dalam hidup saya. Malah ia dilihat sebagai impak positif dalam diri saya ke arah celik IT yang lebih optimum.

KATALOG ALAMAT INTERNET (URL)



- 4 Web Berita

1. Tajuk: Ciri pemimpin adil, berwibawa
    
    Url:www.bharian.com.my

    Sinopsis: Miliki sikap belas kasihan, penyayang dan prihatin kebajikan rakyat bukti 
                 ketinggian iman.



2. Tajuk: Baca al-Quran rahsia peroleh 9A+
    
    Url:www.utusan.com.my

    Sinopsis: Amalan membaca al-Quran merangsang perkembangan otak.

Saturday 30 March 2013

CARA GUNA ENJIN CARIAN

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

Friday 8 March 2013

Etika Penggunaan Internet



1)OBJEKTIF
  * Mengetahui masalah moral dan isu etika computer
  * Memahami prinsip etika computer
  *Memahami etika profesional Teknologi Maklumat
  * Mengetahui fungsi kod etika professional
  * Keperluan etika komputer

2) PRINSIP
  * Keseimbangan Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.