Friday 5 April 2013

REFLEKSI MEMBINA BLOG

 Membina blog adalah perkara baru bagi saya. Kalau tidak kerana saya melanjutkan pelajaran dan menyentuh berkaitan blog dalam pembelajaran yang diajar agak mustahil untuk saya mengetahui selok belok menyediakan blog yang pada mulanya amat susah bagi saya tetapi apabila satu demi satu 'gadget' saya dapat masukkan terutama jam dan lagu saya rasa amat gembira apatah lagi membuat page dalam blog yang merupakan perkara baru dalam hidup saya. Malah ia dilihat sebagai impak positif dalam diri saya ke arah celik IT yang lebih optimum.

Kelangsungan daripada pembinaan blog ini memberi manfaat yang besar pada diri saya terutama dalam urusan yang berkaitan dengan kemanusiaan yang mana semangat kekitaan dapat dipupuk, apa tidaknya saya sentiasa berhubungan dengan kenalan baru dalam mempelajari sedikit sebanyak berkaitan dunia blog yang pada saya pada ketika itu sifar maklumat.

Betullah kata orang tua kita, di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan jalan yang dimaksudkan pada saya adalah sedikit demi sedikit saya sudah boleh menyempurnakan pengisian dalam blog yang dimahukan oleh pembelajaran saya khususnya dan berkaitan kemahuan pensyarah amnya. Segalanya yang memberikan halangan dalam saya membina blog selama ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan saya dalam memberikan yang terbaik dalam pembuatan dan pengisian maklumat di dalamnya.

No comments:

Post a Comment