Wednesday 1 May 2013

Percutian Ke Tempat Menarik Di Sabah

Destinasi percutian ke Sabah
Percutian ke Sabah adalah salah sebuah tempat percutian menarik di negara ini yang menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun luar negara.  Terdapat banyak destinasi pilihan menarik di Sabah yang harus anda terokai. Berikut ialah top 10 destinasi pelancongan tarikan pelancong yang memilih percutian ke Sabah.

Percutian ke Sabah – Senarai Top 10 Pilihan Pelancong

  1. Gunung Kinabalu
  2. Taman Negara Kinabalu
  3. Hot Spring di Poring
  4. Canopy Walk Way di Poring
  5. White Water Rafting di Sungai Padas
  6. Snorkelling (Island Hopping)
  7. Shopping di Filipina Market
  8. Orang Utan Sanctuary di Sepilok
  9. Tunku Abdul Rahman Marine Park di Kota Kinabalu 
  10. Rafflesia Centre di Tambunan
Senarai 1-7 di atas adalah antara destinasi jalan-jalan yang termasuk dalam pakej percutian ke Sabah yang Cuti Malaysia sertai dulu. Cuti Malaysia ambil pakej berkumpulan lebih kurang 20 orang. Jadi untuk pakej pelancongan selama lebih kurang seminggu hanya RM1,500 sahaja termasuk tambang kapal terbang (masa tu MAS), pemandu pelancong, bas, makan dan penginapan. Tempat penginapan kami pelbagai sepanjang seminggu menyertai pakej percutian ke Sabah dari yang bajet hingga ke 4 bintang bergantung pada itinerari.
Mendaki Gunung Kinabalu adalah satu bonus jika anda berkemampuan. Ikuti penglaman Cuti Malaysia menawan puncak Kinabalu di entri akan datang.
Percutian ke Gunung Kinabalu Sabah
Ramai yang keliru South Peak adalah puncak tertinggi
Dah alang-alang di Sabah, Cuti Malaysia juga tidak melepaskan peluang menongkah arus Sungai Padas dengan menyertai aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas. Ikuti juga review aktiviti Cuti Malaysia ber’ White WaterRafting’ semasa percutian ke Sabah di entri akan datang.
Percutian white water rafting di Sabah
Sungai Padas akan lebih mencabar selepas hujan
Sementara itu, pulau-pulau di Sabah juga adalah antara pusat peranginan yang cantik destinasi tumpuan pelancong. Terdapat 24 buah pulau dinegeri ini. Antara aktiviti popular ialah snorkelling dan diving melihat karangan laut seperti di Pulau Sipadan dan Pulau Manukan. Berikut ialah senarai pulau-pulau peranginan popular di Sabah;

Pulau – Pulau Percutian ke Sabah:

  1. Pulau Sipadan
  2. Pulau Manukan
  3. Pulau Mabul
  4. Pulau Sapi
  5. Pulau Kapalai
  6. Pulau Mataking
  7. Pulau Pom-pom
  8. Pulau Tiga
  9. Pulau Mantanani
  10. Pulau Mengalum
  11. Pulau Selingan
Memang rasa sangat heaven kalau dapat pergi semua pulau tu. Setakat ni Cuti Malaysia pernah pergi Pulau Manukan saja hehe. Memang best sangat snorkeling di pantai pulau Manukan.
Percutian ke Pulau Manukan Sabah
First time nampak ikan-ikan cantik dan dikerumuni ikan berwarna warni. Harga tiket pergi Pulau Manukan termasuk tax, dalam RM30 sahaja. Tidak termasuk sewa alat snorkeling, harga sewanya RM10 sahaja. Tapi memang rasa puas hati berbaloi-baloi walaupun sunburn huhu.
Pendek kata  pengalaman Cuti Malaysia semasa percutian ke Sabah adalah antara saat paling best. Disamping itu, shopping di Filipina  Market juga sangat menarik, mutiara lah yang menjadi tumpuan disamping beberapa kraf yang lain.
Percutian ke Hot Spring Sabah
Aktiviti lain seperti bermandi manda di Hot Spring, Canopy Walk Way dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah adalah lebih santai. Tapi semua tempat yang dilawati tu memang menyeronokkan. Keseluruhannya percutian ke Sabah memang sangat-sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi.
Cuti Malaysia memang rekomen anda semua ber Cuti Cuti Malaysia ke Sabah!

No comments:

Post a Comment