Percutian ke Sabah
adalah salah sebuah tempat percutian menarik di negara ini yang menjadi
tumpuan pelancong samada tempatan mahupun luar negara. Terdapat banyak
destinasi pilihan menarik di Sabah yang harus anda terokai. Berikut
ialah top 10 destinasi pelancongan tarikan pelancong yang memilih percutian ke Sabah.
Percutian ke Sabah – Senarai Top 10 Pilihan Pelancong
- Gunung Kinabalu
- Taman Negara Kinabalu
- Hot Spring di Poring
- Canopy Walk Way di Poring
- White Water Rafting di Sungai Padas
- Snorkelling (Island Hopping)
- Shopping di Filipina Market
- Orang Utan Sanctuary di Sepilok
- Tunku Abdul Rahman Marine Park di Kota Kinabalu
- Rafflesia Centre di Tambunan
Senarai 1-7 di atas adalah antara destinasi jalan-jalan yang termasuk dalam pakej percutian ke Sabah
yang Cuti Malaysia sertai dulu. Cuti Malaysia ambil pakej berkumpulan
lebih kurang 20 orang. Jadi untuk pakej pelancongan selama lebih kurang
seminggu hanya RM1,500 sahaja termasuk tambang kapal terbang (masa tu
MAS), pemandu pelancong, bas, makan dan penginapan. Tempat penginapan
kami pelbagai sepanjang seminggu menyertai pakej percutian ke Sabah dari
yang bajet hingga ke 4 bintang bergantung pada itinerari.
Mendaki Gunung Kinabalu adalah satu
bonus jika anda berkemampuan. Ikuti penglaman Cuti Malaysia menawan
puncak Kinabalu di entri akan datang.
Ramai yang keliru South Peak adalah puncak tertinggi
Dah alang-alang di Sabah, Cuti Malaysia
juga tidak melepaskan peluang menongkah arus Sungai Padas dengan
menyertai aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas. Ikuti juga
review aktiviti Cuti Malaysia ber’ White WaterRafting’ semasa percutian
ke Sabah di entri akan datang.
Sungai Padas akan lebih mencabar selepas hujan
Sementara itu, pulau-pulau di Sabah juga
adalah antara pusat peranginan yang cantik destinasi tumpuan pelancong.
Terdapat 24 buah pulau dinegeri ini. Antara aktiviti popular ialah
snorkelling dan diving melihat karangan laut seperti di Pulau Sipadan
dan Pulau Manukan. Berikut ialah senarai pulau-pulau peranginan popular
di Sabah;
Pulau – Pulau Percutian ke Sabah:
- Pulau Sipadan
- Pulau Manukan
- Pulau Mabul
- Pulau Sapi
- Pulau Kapalai
- Pulau Mataking
- Pulau Pom-pom
- Pulau Tiga
- Pulau Mantanani
- Pulau Mengalum
- Pulau Selingan
Memang rasa sangat heaven kalau dapat
pergi semua pulau tu. Setakat ni Cuti Malaysia pernah pergi Pulau
Manukan saja hehe. Memang best sangat snorkeling di pantai pulau
Manukan.
First time nampak ikan-ikan cantik dan
dikerumuni ikan berwarna warni. Harga tiket pergi Pulau Manukan termasuk
tax, dalam RM30 sahaja. Tidak termasuk sewa alat snorkeling, harga
sewanya RM10 sahaja. Tapi memang rasa puas hati berbaloi-baloi walaupun
sunburn huhu.
Pendek kata pengalaman Cuti Malaysia
semasa percutian ke Sabah adalah antara saat paling best. Disamping itu,
shopping di Filipina Market juga sangat menarik, mutiara lah yang
menjadi tumpuan disamping beberapa kraf yang lain.
Aktiviti lain seperti bermandi manda di
Hot Spring, Canopy Walk Way dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah
adalah lebih santai. Tapi semua tempat yang dilawati tu memang
menyeronokkan. Keseluruhannya percutian ke Sabah memang sangat-sangat
berbaloi! Rasa nak pergi lagi.
Cuti Malaysia memang rekomen anda semua ber Cuti Cuti Malaysia ke Sabah!
No comments:
Post a Comment